Tuesday, 7 August 2012

Ruginya Kita~


Ruginya kita kawan.. Cuba kita baca apakah ganjaran kita bagi umat Nabi Muhammad yang lemah nih.. 


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..


"Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibril as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud..


"Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbril as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..


"Wahai JIbril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."



MasyaAllah.. dengan hanya dua Rakaat sahaja kawan-kawan tetapi itulah perumpamaan yang telah Allah ta'ala berikan.. antara mahu dan tidak mahu sahaja.. di bulan Ramadahan nih jom sama-sama kita meningkatkan lagi ibadah kepada Allah ta'ala.. InsyaAllah.. 

Tuesday, 24 July 2012

Alhamdulillah..!

Alhamdulillah.. Hari nih rezeki aku melimpah ruah.. tidak di sangka-sangka rezeki yang datang nih secara tiba-tiba. Alhamdulillah.. Benarlah kata sebahagian pendapat menyatakan jikalau niat kita betul, insyaAllah pasti Allah ta'ala tolong.. tetapi.. walau bagaimanapon kita sebagai umatnya haruslah sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang telah Dia berikan, semoga, dengan kesyukuran itu akan dapat melipat kali gandakan lagi Nikmat yang akan diturunkan kepada kita di masa akan datang, InsyaAllah..!! Aminnn~ :)

Monday, 23 July 2012

Renung-renungkan.... :'(


Di sini saya sampaikan sebuah kisah Yang berlaku di Zaman Nabi Musa dahulu.. Buat renungan sahabat-sahabat sekelian, InsyaAllah sama-sama kita jadikan teladan yee..Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa ‘sibuk’ mencari alasan…
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak, lelaki ni pun runsinglah... Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yang mendapat anak tu, dengan susah hatinya pergi bertemu dengan Nabi-Allah Musa.
Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi…
Lihat… betapa hinanya orang yang tidak solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.
Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpada Saidina Ali (untuk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.” jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan Kelak…


© Copyright by : Saiful Helmi a.k.a Apul Kopites