Thursday 9 August 2012

Orang yang kuat, Mestilah kuat dalam menunaikan Ibadah solat.

Pernahkah kita terfikir sejenak, kenapa kita boleh berusaha keras demi untuk mencapai sesuatu yang betul-betul kita inginkan. Akan tetapi, ibadah kita dengan Allah ta'ala amat berat dan sukar untuk dilakukan? oleh itu, saya ingin mengajak diri saya sendiri khususnya dan rakan-rakan untuk sama-sama kita meningkatkan lagi ketaqwaan diri kita terhadap Allah ta'ala supaya dapat menjadi seorang Muslim yang benar-benar beriman pada-Nya. Malulah kita,.. sedangkan seorang tua mampu untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, akan tetapi kita yang muda dan mempunyai tubuh badan yang sasa, akan tetapi amat sukar untuk menunaikan ibadah solat! MALUnya kita...!! malu dengan siapa?? Dengan Allah ta'ala, kerana apa?? kerana kita dah banyak meminjam dari Nya.... tetapi.. apakah balasan kita terhadap Dia?? maka, dengan solatlah adalah salah 1 cabang yang menunjukkan kita ni adalah seorang umat manusia MUSLIM dan, dengan solat juga merupakan 1 perbezaan di antara seorang Muslim yang betul-betul beriman ataupon hanya sekadar ISLAM PADA NAMA! Nauzubillah hi min zalik...!!

*di sini saya sertakan salah satu contoh Iklan solat, Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi impak di dalam diri kita.. InsyaALLAH.. [sila Klik pada button PLAY] : 



Kaedah pembelajaran menggunakan BBM Slide Powerpoint

Berikut adalah contoh pengajaran yang menggunakan BBM slideshow Powerpoint :
Bacaan yang dipaparkan adalah sebahagian daripada Rancangan pengajaran.












Sebaik sahaja tamat pembelajaran tamat [untuk hari tersebut] :



*Gambar di atas adalah contoh pengajaran yang saya lakukan menggunakan slide show powerpoint.

Wednesday 8 August 2012

Mengharungi 10 Ramadhan terakhir

Disebabkan mood raya yang semakin hampir.. maka ramai la umat Islam yang sudah sibuk untuk menyiapkan persediaan sebelum raya.. baju raya, kuih raya, langsir raya.. kalo boleh semuanya ingin baru.. akan tetapi.. sedarkah mereka..?? 10 malam terakhir adalah 10 malam yang mana Allah ta'ala akan menurunkan Malam yang lebih baik dari malam seribu bulan iaitu Malam Al-Qadar.. malam Al-Qadar adalah suatu malam yang mana semua umat Islam berebut-rebut untuk mendapatkan malam tersebut.. bayangkan kawan-kawan bulan ramadhan adalah bulan yang digandakan amalannya. seterusnya.. Cuba kita bayangkan, amalan yang kita lakukan jika diganda kan dengan amalan seperti malam seribu bulan..?? masyaAllah.. berlipat2 kali ganda pahala yang kita dapat kawan-kawan.. oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha, untuk mengejar malam Lailatulqadar ini, semoga dengan malam ini akan dapat menambahkan lagi keimanan kita.. insyaAlllah..! Jika kita kejar dunia maka dunialah sahaja yang kita dapat, Jika kita kejar Akhirat, maka InsyaAllah, dunia akhirat kita boleh dapat.. Biznillah..


Mampukah kita Mengejar malam lailatulqadar..?? :'(
© Copyright by : Saiful Helmi a.k.a Apul Kopites