Tuesday, 24 July 2012

Alhamdulillah..!

Alhamdulillah.. Hari nih rezeki aku melimpah ruah.. tidak di sangka-sangka rezeki yang datang nih secara tiba-tiba. Alhamdulillah.. Benarlah kata sebahagian pendapat menyatakan jikalau niat kita betul, insyaAllah pasti Allah ta'ala tolong.. tetapi.. walau bagaimanapon kita sebagai umatnya haruslah sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang telah Dia berikan, semoga, dengan kesyukuran itu akan dapat melipat kali gandakan lagi Nikmat yang akan diturunkan kepada kita di masa akan datang, InsyaAllah..!! Aminnn~ :)

Monday, 23 July 2012

Renung-renungkan.... :'(


Di sini saya sampaikan sebuah kisah Yang berlaku di Zaman Nabi Musa dahulu.. Buat renungan sahabat-sahabat sekelian, InsyaAllah sama-sama kita jadikan teladan yee..Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa ‘sibuk’ mencari alasan…
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak, lelaki ni pun runsinglah... Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yang mendapat anak tu, dengan susah hatinya pergi bertemu dengan Nabi-Allah Musa.
Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi…
Lihat… betapa hinanya orang yang tidak solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.
Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpada Saidina Ali (untuk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.” maknanya,”Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.” jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan Kelak…


Perkara Yang Membatalkan Solat?


  1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
  2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
  3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
  4. Terbuka auratnya
  5. Makan minum walaupun hanya sedikit
  6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
  7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
  8. Membelakangi kiblat
  9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
  10. Tertawa terbahak-bahak
  11. Mendahului imamnya.
  12. Murtad ( terkeluar dari agama islam).
Jika terdapat di antara salah satu perkara di atas yang kita lakukan secara sengaja, maka wajib bagi seseorang itu melakukan semula Solatnya. Ini kerana solatnya tidak sah kerana sudah batal. Maka, lakukan solat dengan khusyu' supaya kita akan rasa dekat dengan Allah Ta'ala.. InsyaAllah! jom sama-sama kita amalkan.. :)

Tuesday, 10 July 2012

Menarik! Makna Bacaan Solat.

Jom Kongsi Ilmu! oke.. kat sini saya ingin share satu video untuk tatapan bersama pembaca-pembaca sekelian. jom kita sama-sama renungkan dan fahami makna bacaan di dalam solat.. xlama pon, hanya 5 minit  lebih sahaja untuk kita mengetahui makna bacaan di dalam solat secara ringkas dan padat. ianya sangat menarik.. Ucapan terima Kasih kita ucapkan kepada pencipta Video ini.. Semoga Allah ta'ala memurahkan lagi rezeki beliau kerana berkongsi ilmu bersama kita semua. Jom Layan~ semoga dengan menonton video ini akan dapat memantapkan lagi kekhusyu'an kita di dalam solat, untuk mengadap Robbu Jalil, Raja sekelian alam, iaitu Allah s.w.t insyaAllah. Sama-sama kita tonton dan amalkan. (^_^)


Praktikal Solat [Solat Subuh]

Setelah selesai menghafal bacaan di dalam solat, di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Praktikal untuk melakukan solat. Solat yang ditunjukkan di dalam video ini adalah praktikal bagi solat subuh. sila perhatikan dengan teliti tentang bacaan-bacaan tersebut. 



Berikut merupakan Maksud bagi setiap bacaan-bacaan di dalam solat yang perlu kita hayati bersama. dengan mengetahui makna bacaan di dalam solat dapat membantu untuk seseorang itu lebih khusyu' lagi dalam mendirikan solat. [Sila Rujuk pada pernyataan di bawah] :


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Doa Qunut

setelah kita mengetahui bacaan-bacaan umum tadi.. ada satu lagi bacaan yang belum saya ceritakan iaitu Doa Qunut ketika solat subuh. Doa Qunut ini dibaca selepas bangun daripada rukuk pada rakaat kedua solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat Muakkad, maka ia nya adalah sunat yang sangat dituntut, adapun jika kita meninggalkan bacaan itu ianya tidak berdosa, akan tetapi memadai dengan kita melakukan sujud sahwi. jadi, di sini saya sertakan contoh bacaan Doa Qunut yang boleh di amalkan oleh pembaca sekelian :

Doa Qunut :


Maksudnya :

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Untuk memudahkan lagi pembacaan Doa Qunut ini saya juga menyertakan sekali Bacaan nya di dalam Rumi : [Klik pada Gamba] 


Antara Bacaan Yang Wajib di dalam Solat.

Antara bacaan-bacaan dalam solat yang perlu kita tahu lagi adalah bacaan ketika Ruku', I'tidal, bacaan ketika sujud, bacaan ketika duduk di antara dua sujud, bacaan Tahiyat awal dan akhir. Maka di sini saya akan menunjukkan ayat-ayat yang digunakan di dalam solat.

Sila Perhatikan pada Gambar di bawah : [sila Klik Pada Gambar]



Dan Di Bawah ini pula adalah Bacaan bagi tahiyat Awal dan Akhir : 
*Bagi perkataan yang bergaris dengan garisan warna Merah adalah bacaan Tahiyat Awal.




Doa Iftitah

Jadi selepas mengangkat takbiratul ihram kita hendaklah membaca doa iftitah. adapun doa iftitah ini hukumnya sunat muakkad, tetapi ianya adalah sunat yang dituntut. maka hukumnya sangat digalakkan untuk di baca. berikut merupakan ayat doa iftitah yang boleh kita amalkan.  InsyaAllah

اَلله أَكَبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً .
 وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن .
 إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha besar lagi sempurna kebesarannya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”


Dengar dengan teliti Bacaan doa iftitah pada pautan video di atas : [tekan butang Play]

Lafaz-lafaz Niat Mengikut Waktu


Jom Contohi adik Comel nih.. :)


1.Niat


Niat Solat Zohor :

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku solat Fardu Zohor empat rakaat sebagai makmum/Imam kerana Allah Taala”


Niat Solat Asar :

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku solat Fardu Asar empat rakaat sebagai makmum/Imam kerana Allah Taala


Niat Solat Maghrib :

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku solat Fardu Maghrib tiga rakaat sebagai makmum/Imam kerana Allah Taala

Niat Solat Isyak :

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku solat Fardu Isyak empat rakaat sebagai makmum/Imam kerana Allah Taala”


Niat Solat Subuh :

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku solat Fardu Subuh dua rakaat sebagai makmum/Imam kerana Allah Taala”

Monday, 9 July 2012

Rukun Solat

Apakah itu Rukun Solat..?? sebelum seseorang itu ingin mendirikan solat, dia hendaklah mengetahui apa itu rukun solat.. apa itu rukun solat..?? okay, kamu boleh lah membaca artikel di bawah ini dan perhatikan, setiap rukun solat mempunyai rahsianya yang tersendiri.. Jom sama-sama kita tengok..

RUKUN SOLAT :

  Niat
  Takbiratul Ihram
  Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  Rukuk dengan toma`ninah.
  I`tidal dengan toma`ninah
  Sujud dua kali dengan toma`ninah
  Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  Membaca tasyahud akhir
  Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  Membaca salam yang pertama
  Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Tuesday, 3 July 2012

Sekadar cetusan..

Salam ukhuwah diucapkan untuk rakan-rakan sekelian.. actually.. nih blog ke-2 yang saye da buat disebabkan oleh masalah-masalah tertentu.. huhu~ mmg kene banyak bersabar.. ape2 pon.. arap2 lepas ni xberlaku kesulitan lagi.. insyaAllah.. terima kasih diucapkan kepada en Mohd Firdaus kerana sudi memberi sedikit Ilmu tentang blog nih.. dengan itu dapat memperluaskan lagi teknik pembelajaran di sekolah melalui bidang IT.. insyaAllah.~ [kepada kawan-kawan baikku ku yang dikasihi sekelian, jom same2 follow k, kasi nampak ramai sket] :) insyaAllah2..
© Copyright by : Saiful Helmi a.k.a Apul Kopites